Haiza.KUALA LUMPUR: Penyanyi Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin berhasrat untuk menimang cahaya mata pada tahun ini selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga dengan Norhanapfe Omar.Haiza ketika ditemui berkata, dia dan suaminya sudah lama ingin mendapatkan anak tetapi rezeki masih belum menyebelahi mereka. "Ada yang kata saya merancang tetapi sebenarnya tidak kerana masih belum rezeki saya dan suami untuk mendapat zuriat."Bagaimanapun tahun ini jika diizinkan Allah saya nak mengandung," ujarnya kepada mStar Online.Dalam pada itu, Haiza berkata, dia telah pun berjumpa dengan pakar sakit puan untuk menjalani ujian bagi mengenal pasti jika terdapat sebarang masalah.Ujarnya, doktor telah mengesahkan dirinya dan suami berada dalam keadaan normal serta tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan cahaya mata."Risau jugak sebab dah hampir lima tahun kahwin masih belum 'melekat', tetapi doktor telah mengesahkan kami berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang masalah," ujarnya.Haiza berkata, ada juga kenalan yang menyarankan agar mereka mengambil anak angkat tetapi memberitahu belum bersedia ke arah itu."Ada yang kata dengan mengambil anak angkat mungkin Allah akan berikan rezeki anak sendiri tetapi saya rasa kalau semata-mata mahu bela mereka dengan alasan itu lebih baik tidak perlu."Tanggungjawab memelihara anak angkat lebih besar dan saya belum bersedia," ujarnya.Haiza bagaimanapun memberitahu, dia bersyukur kerana keluarganya dan pihak mertua tidak pernah membangkitkan isu ini.Dalam perkembangan lain, Haiza baru sahaja melancarkan single berjudul Semalam yang memuatkan dua buah lagu untuk para peminatnya.Lagu yang berentak pop itu adalah salah satu usahanya dalam menarik minat pendengar terhadap muziknya dan pembelian album itu boleh dibuat menerusi Facebook miliknya iaitu Haiza Deen Full atau Haiza Deen II.Tempahan juga boleh dibuat menerusi Twitter miliknya iaitu @haizahanafi.