Justin Bieber.BINTANG pop terkenal, Justin Bieber yang baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke 18 memberitahu ingin berumah tangga pada usia muda.Justin berkata, pada usianya 28 tahun nanti dia sudah pun mempunyai sebuah keluarga sendiri. "Dalam masa 10 tahun saya sudah pun mempunyai keluarga sendiri dan rasanya usia 20 tahun adalah saat tepat untuk mendirikan rumah tangga kerana ingin menjadi seorang bapa," katanya ketika diwawancara oleh MTV News.Bagaimanapun katanya, itu hanya perancangannya dan mungkin juga tidak akan terjadi kepada dirinya."Jangan fikir bukan-bukan atau membuat spekulasi saya akan berkahwin kerana itu cuma hanya satu impian yang mungkin jadi atau pun tidak," katanya.Malah katanya, itu bukan satu-satunya impian yang dia tumpukan kerana dia juga memasang cita-cita untuk bergelar sebagai seorang pelakon.Mencapai usia 18 tahun, Justin berkata dia mahu lebih banyak meluangkan masa dengan peminatnya jika berkelapangan menerusi konsert jelajah.