Ebi Kornelis (AF5). - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIASKUALA LUMPUR: Naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Ebi Kornelis memberitahu dia masih aktif menyanyi walaupun sudah tiga tahun menyepi daripada industri muzik.Penyanyi berusia 28 tahun itu berkata sepanjang tempoh itu, dia aktif menyanyi di sekitar negeri asalnya Sabah walaupun sepi daripada sebarang publisiti dan liputan media. “Hakikatnya, saya tidak berhenti menyanyi. Saya aktif bergerak sebagai penyanyi di sekitar Sabah. Saya akui ada beberapa kelemahan sebelum ini memaksa saya menjauhkan diri selama tiga tahun.“Kini, saya mahu aktif kembali dan mencari peluang kedua untuk menyertai semula industri muzik,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.Ebi yang pernah dikaitkan dengan kontroversi bersama penyanyi Mila Jirin sebelum ini berkata, peluang diberikan oleh para peminat yang mengundinya menerusi Hot Seat sehingga layak menyertai program Mania akan dipergunakan sebaik mungkin untuk kembali menyinar.“Saya cukup teruja dengan peluang ini. Saya mahu membuktikan kepada Malaysia bahawa saya semakin matang dan mahu menjadi penghibur yang lebih baik,” katanya.Ketika ditanya mengenai pandangannya terpilih untuk berada di bawah bimbingan komposer terkenal Datuk M. Nasir dalam program itu, Ebi berkata dia berasa rendah diri dan amat menghargai peluang tersebut.“Semua orang tahu M. Nasir komposer yang hebat dan kini saya terpilih untuk bekerjasama dengannya.“Saya amat berbesar hati dan tidak akan mensia-siakan peluang ini. Saya akan lakukan dengan bersungguh-sungguh dalam pertandingan ini,” katanya.