Nicole ScherzingerPETALING JAYA: Kunjungan penyanyi Australia Kylie Minogue dan gitaris wanita Orianthi pada Petronas Malaysian Grand Prix 2012 hujung minggu ini yang dibatalkan pada saat-saat akhir terubat dengan kehadiran kumpulan dari Korea, Girls’ Generation dan Nicole Scherzinger.Kedua-dua penyanyi itu akan mengadakan persembahan di ruang legar Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada Jumaat ini. Kedatangan Scherzinger ke sini adalah kali yang ketiga selepas dua kali muncul bersama bekas kumpulannya, The Pussycat Dolls.Difahamkan, pembatalan kunjungan Minogue adalah berpunca daripada isu kontrak antara penganjur Petronas Malaysian Grand Prix dan pemilik francais F1 Rocks, Enterprise Entertainment Ltd yang beribu pejabat di London.Sumber-sumber memberitahu The Daily Chilli, Girls’ Generation dan Scherzinger baru sahaja mengikat kontrak untuk menghiburkan 70,000 penonton pada konsert F1 Malaysia.Bintang R&B dari Amerika Syarikat, Kelis yang dijadualkan membuat persembahan pada Sabtu ini bakal tiba di ibu negara pada Jumaat.Konsert F1 kini dikenali sebagai Twin Towers @Live 2012.