PETALING JAYA: Bermula 30 Mac ini, stesen televisyen 8TV akan membawakan sebuah drama bersiri Kantonis popular berjudul A Fistful of Stances.Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul,drama yang berkisarkan tentang konflik keluarga ini mampu membuatkan 'ketagih' untuk menyaksikan episod-episod yang lain. "8TV membawakan kepada anda drama yang mendapat sambutan hangat di Hong Kong . Bagi peminat drama Kantonis, kisah menarik A Fistful of Stances pasti memberikan kepuasan menonton buat penonton di luar sana," katanya.Drama ini mengisahkan Au-Yeung Wai-Lan, yang menyertai sekolah seni mempertahankan diri akhirnya dipertemukan dengan anak lelakinya Cheung setelah bertahun lama terpisah.Suatu hari, Cheung diberitahu oleh ibunya yang bapanya telah dibunuh dan adik lelaki, Koo Yu-Tong pula sakit tenat. Cheung segera menyiasat dan mendapati bapanya dibunuh oleh Wing Tak.Cheung merancang untuk membalas dendam terhadap kematian bapanya. Dengan pertolongan keluarga, Cheung mempelajari satu jenis Kung-Fu hebat untuk memasuki ‘Seven States Martial Arts Championship Tournament’.Setelah mendapat tahu bahawa pihak lawan belia adalah Wing Tak, Cheung meletakkan sepenuh perhatian dalam mempersiapkan diri berlatih menghadapi pihak lawan sekaligus membalas dendam seperti yang dirancang.Ikuti drama penuh konflik ini setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam bermula 30 Mac ini di saluran 8TV.Selai itu program-program 8TV boleh ditonton di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb, www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts.