suria

Rihanna Mahu Kaki Lebih Tirus

TATKALA ramai wanita yang iri hati dengan tubuh badan yang dimiliki Rihanna, tidak pula buat penyanyi kelahiran Barbados ini yang tidak puas hati dengan bentuk kakinya.

Rihanna yang menganggap kakinya tidak cukup sempurna itu inginkannya lebih kecil daripada yang sedia ada.

"Saya kurang senang dengan kaki saya ini, ia nampak besar. Rasanya, semua orang mahukan kaki yg kecil bukan?

"Oleh itu, saya perlu bersenam sebanyak yang mungkin, senama kardio mungkin berkesan," katanya.

Tambah Rihanna, walaupun mahukan sepasang kaki yang lebih cantik, dia masih lagi bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang.

Artikel Lain