suria

Bella Daly Bawa Watak Natrah Dalam Siri Drama Baru

Bella Daly berdebar galas watak Natrah. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Bella Daly berdebar galas watak Natrah. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Bella Daly berdebar galas watak Natrah. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

PETALING JAYA: Pelakon muda Bella Daly mengakui berasa teruja dan bertuah kerana diberikan peluang untuk terlibat dalam drama bersiri terbaru Natrah yang bakal disiarkan di RTM tidak lama lagi.

Ujar Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Daly, 21, pembabitan dalam drama bersiri sebanyak 13 episod arahan Along Kamaludin itu adalah satu penghormatan dan pengalaman bernilai bagi pendatang baru sepertinya.

“Saya sudah berada di lokasi drama bersiri Natrah sejak dua minggu lalu. Saya memegang watak utama sebagai Maria Huberdina Hertogh pada zaman mudanya.

“Sebagai orang baru, saya bersyukur dan gembira dengan peluang yang diberikan kerana ia adalah sebuah naskhah yang besar dan bersejarah,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Gadis dari Sabah ini mula menceburi bidang seni selepas menyertai pencarian pelakon Pilih Kasih musim pertama, kira-kira tiga tahun lalu.

Diusik mengenai hubungannya dengan aktor Nazim Othman, Bella berkata sikap memahami dan mengambil berat aktor itu membuatkan dia berasa selesa menjalinkan hubungan sejak kira-kira enam bulan lalu.

“Kami pernah berlakon bersama dalam sebuah produksi drama kira-kira dua tahun lalu tetapi kami tidak rapat ketika itu. Kami mula rapat dan berhubung selepas menjalani penggambaran drama Inspirasi Varsiti pada hujung tahun lalu.

“Saya senang dengan sikap Nazim yang memahami dan melindungi saya dalam banyak perkara. Dia seorang lelaki yang matang dan banyak memberikan nasihat dan bimbingan berdasarkan pengalamannya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Pelakon drama bersiri Qalesya itu berkata, walaupun dia tidak keberatan untuk berkongsi mengenai kisah hubungan mereka kepada umum, fokusnya kini adalah untuk mengukuhkan namanya di persada lakonan tanah air.

“Hubungan kami memang diketahui oleh keluarga saya. Malah, saya juga tiada masalah berkongsi kisah hubungan kami dengan khalayak kerana ia tidak akan menjejaskan kerjaya.

“Cuma sebaiknya pada peringkat ini adalah lebih baik bercerita tentang kerjaya lakonan saya yang baru hendak berkembang ini,” katanya baru menamatkan penggambaran filem versi baru Gila-Gila Remaja pada bulan lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain