Datuk Shake ketika menghiburkan para setiausaha di Menara Kuala Lumpur pada Rabu.KUALA LUMPUR: Persembahan hebat 17 buah lagu dendangan Datuk Shake berjaya memikat kira-kira 250 orang tetamu termasuk setiausaha di Menara Kuala Lumpur di sini sempena Minggu Setiausaha yang disambut sepanjang April.Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh tidak melepaskan peluang menyanyikan lagu-lagu hit bagi mengimbas kembali saat-saat popular beliau pada era 80-an seperti Umi, Lina, Kita Bertemu Lagi, Ku Masih Menanti dan Pulanglah. Beliau turut membuat persembahan dengan mempersembahkan lagu dalam bahasa Perancis iaitu Rien N’est Plus Beau Que L’amour (Tiada Yang Lebih Cantik Melainkan Cinta) yang terkenal pada tahun 1996.Penyanyi itu memulakan persembahan dengan lagu Kita Bertemu Lagi sebagai tanda ingatannya kepada peminat yang jarang menyaksikan persembahannya selepas beliau meninggalkan negara pada tahun 1976 untuk mencari pengalaman sebagai penyanyi di Perancis.“Saya harap peminat dan para setiausaha semua terhibur selain dapat mengimbas kembali lagu-lagu saya yang pernah popular suatu masa dahulu,” katanya pada persembahan berkenaan di sini, Rabu.Majlis yang dikendalikan oleh pengacara Didie Alias itu bertambah indah apabila ia diadakan di Mega View Banquet Hall pada ketinggian 288 meter.Tiket menyaksikan persembahan itu bagi setiap orang bermula daripada RM500 hingga RM1,300.