suria

Ella & Puteri Caroline Saling Kongsi Kisah Peribadi

Ella (kiri) bersama Puteri Caroline
Ella (kiri) bersama Puteri Caroline
Ella (kiri) bersama Puteri Caroline

KUALA LUMPUR: Protege Ella dalam Mentor musim keenam, Puteri Caroline Mohd Kamel atau Caroline mengakui hubungannya dengan ratu rock itu semakin akrab sehingga boleh berkongsi rahsia sejak mereka bekerjasama.

Caroline berkata, kedua-dua mereka menganggap hubungan itu seperti adik-beradik dan berharap ia kekal sampai bila-bila.

"Awal-awal lagi semasa saya dipilih sebagai protege Ella, dia sudah menjelaskan bahawa dia tidak mahu ada sebarang rahsia di antara kami.

"Malah kami saling berkongsi masalah peribadi dan saya sudah menganggapnya sebagai kakak saya sendiri. Begitu juga dengan keluarganya," katanya yang ditemui pada mini persembahan Mentor 6 di Hard Rock, di sini, Rabu.

Tambah Caroline, kehadiran Ella dalam hidupnya juga telah membuatkan dia lebih bersemangat untuk mengejar impian sebagai seorang penyanyi profesional.

Menerusi persembahan yang diadakan selama dua jam itu, peserta-peserta Mentor 6 iaitu Anas, Ana Syuhada, Tisha, KJ, Zatul dan Caroline sendiri telah diberi peluang untuk mendendangkan beberapa lagu sebagai satu latihan untuk mereka berhadapan dengan penonton secara dekat.

Beritahu Caroline, dia gembira dengan peluang itu kerana ia merupakan persembahan pertama di adakan di kelab terkemuka.

"Menyanyi di pentas Hard Rock dapat memberikan satu pelajaran baru iaitu cara untuk kita berhadapan dengan penonton secara dekat. Dan pada masa sama saya dapat berkomunikasi dengan mereka," tuturnya.

Sementara itu, Anas yang merupakan antara peserta yang mempunyai peminat yang ramai berkata, persembahan itu merupakan satu platform untuk dia lebih menyerlah di kalangan penonton yang belum mengenalinya.

"Sesuatu yang baru apabila membuat persembahan di sini. Selain dapat berinteraksi dengan lebih dekat dengan penonton, saya juga dapat menonjolkan diri saya.” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain