Zoey RahmanPETALING JAYA: Selepas lima tahun berkecimpung dalam pengacaraan program kanak-kanak, pengacara dan pelakon Zoey Rahman menganggap sudah tiba masanya dia menceburi pengacaraan program yang lebih serius dan besar.Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, berkata perkara itu dirasakan wajar seiring dengan kematangan usianya yang kini mencecah 27 tahun. “Saya sentiasa merindui untuk mengacarakan program kanak-kanak tetapi terdetik juga di hati sampai bila saya akan terus melekat dengan program sebegitu?“Usia saya semakin meningkat dan saya mahu mencabar diri untuk mengemudi program-program yang lebih serius dan besar,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.Bekas pengacara Gerak Geri Gasing di Astro Ceria itu berkata, dia menyuarakan hasrat itu bukan kerana segan atau bosan disinonimkan dengan program sedemikian tetapi ingin mencabar kemampuan dirinya.“Bukan saya segan atau bosan kerana masih dikaitkan dengan program kanak-kanak, cuma pada tahap ini saya perlu mencabar kemampuan diri dengan program-program yang lebih berat dan besar.“Hakikatnya, menjadi pengacara program kanak-kanak bukan tugas mudah. Selain perlu bijak memikat mereka, saya juga perlu berwaspada dalam tingkah-laku kerana menjadi idola dan ikutan golongan ini,” katanya yang kini mengacarakan program Gaya R di TVi.Bercerita mengenai perkembangan lakonan, Zoey bakal muncul dengan drama bersiri terbaru berjudul Friday I’m In Love (FIIL) di samping Qi Razali, Nellydia Senrose, Ryzal Jaafar, Aiman Hakim Ridza dan Bella Daly.Drama 13 episod arahan Faizul Abdul Rashid ini akan disiarkan pada pukul 8.30 malam ini, setiap Khamis menerusi slot Aurora di TV9.