suria

Cheryl Cole Tiada Masa Jalinkan Hubungan Cinta

Cheryl Cole
Cheryl Cole
Cheryl Cole

SEJAK bercerai, Cheryl Cole sering dikaitkan dengan beberapa lelaki seperti Will.i.am dan Derek Hough.

Bagaimanapun penyanyi lagu Call My Name ini menegaskan dia mahu memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya sahaja dan tidak mempunyai masa untuk menjalinkan hubungan cinta.

"Saya tidak berminat untuk bercinta kerana sekarang ini kerja nyanyian yang harus saya utamakan," katanya ketika ditemu bual dengan agensi berita BBC.

Penyanyi berusia 28 tahun ini turut mengakui tidak gemar dengan minuman beralkohol sebaliknya dia hanya memilih makanan ringan sebagai menghiburkan hatinya.

"Hidup saya sangat ringan dan alkohol akan membuatkan saya berasa berat. Daripada segelas alkohol, saya lebih suka menikmati coklat.

"Jika di waktu lapang, saya akan membuat kuih pisang atau kentang goreng bersama sos," seloroh bekas isteri Ashley Cole itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan