Mila KunisWALAUPUN menafikan mempunyai hubungan intim dengan Ashton Kutcher, Mila Kunis telah membuat pengakuan bahawa dia sudah lama memendam perasaan terhadap aktor berusia 34 tahun itu.Menurut laporan Dailymail, Mila berkata Ashton merupakan lelaki pertama yang diciumnya ketika masih remaja di mana pada ketika itu kedua-dua mereka membintangi sitkom That 70's Show. "Saat itu kami sedang melakonkan adegan romantis dan momen itu sentiasa menjadi momen indah di fikiran. Ketika melakonkan babak cium saya berasa gugup dan tidak tenang."Dan untuk mengatasi masalah tersebut saya telah menyemburkan minyak wangi kegemaran saya kepadanya dan sedikit sebanyak aroma minyak wangi itu membantu saya untuk mencium dia," katanya.Ketika mendapat tahu tentang kenyataan Mila, Ashton agak terkejut tentang hal tersebut kerana tidak menyangka Mila mempunyai perasaan terhadapnya."Saya lelaki pertama yang dicium? Sukar untuk saya berkata-kata. Jika saya tahu bahawa saya adalah yang pertama mendapat ciumannya pastinya saya juga akan tertekan," seloroh Ashton pula.