suria

TV2 Himpun Pelakon Popular Sempena 'Hari Ibu'

PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, Slot Citra, TV2 menghimpunkan pelakon-pelakon wanita popular tanah air menerusi drama-drama yang akan ditayangkan sepanjang bulan Mei ini.

Jasa dan pengorbanan seorang wanita diangkat dalam bagi memenuhi sambutan Hari Ibu yang mengangkat golongan berkenaan.

Bermula dengan lakonan hebat Nasha Aziz, Umie Aida, Betty Benafe, Juliana Evans dan Wan Sharmila, drama Diari Bella mengisahkan tentang Bella yang disangka mengalami masalah mental telah kehilangan suami dan anaknya apabila dibunuh kejam oleh sekumpulan samseng. Ia akan ditayangkan pada 1 Mei ini.

Ia diikuti Sepatu Merah Sepasang yang akan ditayangkan pada 8 Mei ini membariskan Umie Aida, Zamarul Hisham, Ku Haris, Afi dan Beety Rahmad.

Drama arahan Erma Fatima ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang ibu yang membesarkan anaknya dengan serba kekurangan di lorong-lorong.

Anaknya yang bernama Bulan sedaya upaya mahu menggembirakan hati ibunya yang semakin tua. Pada Hari Ibu, Bulan berhasrat mahu memberikan hadiah yang istimewa buat ibunya.

Saksikan kemudiannya drama Arah Lain Ke Syurga (22 Mei) dibintangi oleh Wan Sharmila, Aznah Hamid, Norman Hakim, Kenchana Dewi dan Tan Mei Ling berlatarkan cerita Qaseh yang melarikan diri untuk berkahwin dengan Haikal.

Namun sebenarnya Haikal memiliki niat jahat dan telah merogolnya. Qaseh diselamatkan oleh sepasang suami isteri berbangsa India bersama anaknya yang masih kecil.

Puteri Pulau Tuba (29 Mei) pula mengisahkan enam orang sahabat yang menyertai aktiviti perkhemahan di Pulau Tuba yang dianjurkan oleh sekolah ketika musim cuti persekolahan.

Mereka sememangnya menyimpan impian untuk ke pulau tersebut yang kaya dengan sejarah dan keindahannya, namun berlaku kejadian yang tidak diingini apabila Ari tiba-tiba hilang.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan