suria

Adira Akui Rapat Dengan AG Coco

Adira
Adira
Adira

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Adira Suhaimi atau Adira mengakui dia tidak menolak sekiranya pemain gitar kumpulan Hujan iaitu AG Coco ditakdirkan menjadi suaminya.

Adira berkata, AG atau nama sebenarnya Hedzry Hafiz merupakan lelaki yang paling rapat dengannya, malah memiliki ciri-ciri lelaki idaman seperti yang diinginkan.

"Kami mula berkenalan sejak Mac lalu apabila dia bekerjasama dengan saya dalam sebuah projek terbitan Astro, Akustik Adira.

"Sejak itu, kami sangat rapat dan andaikata dia ditakdirkan menjadi jodoh, saya terima," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Tambah Adira, dia juga sering berkunjung ke studio milik AG, Kamar Seni, di mana mereka akan bekerjasama menyiapkan beberapa lagu bersempena dengan memperingati Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

"Setakat ini saya selesa dengannya tetapi belum lagi sampi ke tahap bercinta," ujarnya.

Sementara itu, AG yang dihubungi turut mengakui hubungannya dengan Adira semakin akrab dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

"Sebenarnya kami terlalu sibuk dengan kerja masing-masing, tetapi akan berjumpa jika mempunyai masa lapang.

"Tak sangka kami semakin rapat selepas bekerjasama dalam Akustik Adira sedangkan saya pernah menerbitkan lagu yang dinyanyiannya iaitu Saya Anak merdeka dan Balik Kampung untuk MyMusic Astro," ujarnya.

Dalam pada itu, beritahu AG, dia mula tertarik dengan Adira apabila penyanyi lagu Ilusi itu sering mengambil berat tentang penjagaan kesihatannya.

"Saya seorang yang gila kerja sampai boleh mengabaikan kesihatan dan masa makan

"Jadi Adira banyak mengingatkan saya dan sangat tegas kerana dia juga saya mula sedar tentang pentingnya menjaga kesihatan," katanya yang sibuk dengan penerbitan album Hujan, Zikir Imam Muda, Awi Rafael dan Majlis Belia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain