suria

Angelina Jolie Tambah Berat Menjelang Hari Perkahwinan

Angelina Jolie
Angelina Jolie
Angelina Jolie

NAMPAKNYA Angelina Jolie sedikit kurang berkeyakinan diri dengan bentuk tubuh badannya itu.

Menurut laporan Digital Spy, Jolie meminta bantuan pengacara masakan, Jamie Oliver untuk menambahkan berat badannya sebanyak 10 paun menjelang hari perkahwinannya itu.

"Angelina ingin tampil sempurna pada hari perkahwinannyan namun merasakan dirinya terlalu kurus. Sebab itulah dia ingin menambahkan 10 paun lagi agar tampak lebih cantik.

"Mungkin Brad Pitt akan kagum dan lebih bahagia jika Jolie tampak seperti saat mereka bertemu dan jatuh cinta dalam filem Mr. & Mrs Smith," kata sumber kepada Daily Star.

Pemilihan Jamie sebagai perunding makanan dirasakan sesuai untuk mengatur semula pola makanan yang sesuai untuk aktres tersebut.

Malah sebelum ini Brad pernah belajar cara memasak daripada tukang masak selebriti itu.

Artikel Lain