Miley Cyrus. PENYANYI dan pelakon iaitu Miley Cyrus menolak dakwaan dirinya menghidap penyakit anoreksia apabila kelihatan terlalu kurus.Berita tersebut tersebar apabila Miley dikatakan tidak mengambil makanan yang mempunyai gluten dan laktosa sehingga mengakibatkan kepada penurunan berat badan secara mendadak. "Buat semua yang memanggil saya penderita anoreksia, ingin saya jelaskan bahawa saya alergi kepada gluten dan laktosa."Ini bukan soal berat badan tetapi kesihatan," ujarnya menerusi entri dalam Twitter miliknya.Kebelakangan ini, berat badan Miley dilihat sangat cengkung dan telah menjadi perbualan dikalagan peminatnya.