suria

Adi Putra Belum Pasti Mahu Ceraikan Isteri

Adi Putra
Adi Putra
Adi Putra

PETALING JAYA: Pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra belum memutuskan sama ada untuk bercerai ataupun tidak dengan isterinya, Aida Yusof.

Adi,32, berkata, mereka akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dekat sini pada Isnin ini sebagai percubaan terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama enam tahun itu.

“Pada hari itu nanti Hakim Syarie akan membuat keputusan sama ada kami akan bercerai ataupun perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa saja keputusannya, kami akan ikut.

“Kami amat menghargai segala doa dan usaha untuk menyelamatkan rumah tangga ini,” katanya kepada portal dailychilli.com di sini, Khamis.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera berkata, kunjungan mereka ke mahkamah adalah jalan terakhir untuk menangani kemelut rumah tangga yang sedang berlaku.

Ketika ditanya adakah pelakon Nora Danish yang dikatakan memegang watak “panas” menerusi drama bersiri Ada Apa Dengan Dhia sebagai punca keretakan rumah tangga itu, Adi memberitahu tuduhan tersebut tidak benar.

“Saya tahu macam-macam orang buat spekulasi tetapi ingin saya jelaskan, bukan pihak ketiga yang menjadi masalah perkahwinan saya ini,” katanya.

Pelakon itu dilaporkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ady Putra Sah Fail Cerai

Artikel Lain