ALBUM: Aliff AzizARTIS: Aliff Aziz EDARAN: Sony Music MalaysiaMASIH kekal dengan gaya muzik pop yang bersahaja, album ketiga penyanyi muda kelahiran Singapura, Aliff Aziz, pasti membuatkan para gadis menyukainya dan mampu menawan hati peminat-peminatnya Malaysia.Jika mendengar keseluruhan lagu-lagu pada album yang judulnya menggunakan nama sendiri iaitu Aliff Aziz, penyanyi ini sudah mula menunjukkan sisi kematangannya, namun masih kekal dengan elemen muzik remaja.Mungkin, dua tahun menjalani latihan Khidmat Negara di Singapura banyak membantu Aliff, daripada segi kematangan mental dan fizikal dalam menyampaikan lagu-lagu pada albumnya itu.Memuatkan sebanyak lapan buah lagu dan dua minus one, antara lagu-lagunya ialah Jangan Ganggu Pacarku, Cinta Ya Cinta dan Dilema Cinta (menampilkan Hao Ren).Seperti dua album sebelumnya, Aliff masih lagi kekal menggunakan perkhidmatan dua komposer hebat iaitu Panji Sakti, Azlan Abu Hassan dan penerbit, Zimi (Sofazr) serta Hao Ren.Tetap kekal dengan konsep lirik cinta remaja, single pertamanya, Jangan Ganggu Pacarku terus menjadi hit di corong-corong stesen radio tempatan.Lagu ini mengisahkan tentang dunia Facebook yang mampu mempengaruhi kehidupan seharian manusia sehinggakan boleh merosakkan perhubungan cinta sesebuah pasangan.Walaupun melodinya sedap di dengar, namun pada pendapat saya, medium Facebook yang digunakan pada lirik tersebut sudah kedengaran agak biasa, seperti-lagu-lagu yang tersedia ada.Bagaimanapun, lagu Dilema Cinta yang menampilkan Hao Ren pasti menarik perhatian pendengar. Sedikit sentimental muziknya, namun ia mampu meikat dan membuai perasaan jiwa muda peminat-peminat Aliff.Secara keseluruhannya, album Aliff Aziz ternyata sesuai buat golongan muda remaja dimana kebanyakan liriknya menceritakan tentang dunia muda mereka.LAGU PILIHAN: Jangan ganggu Pacarku, Hanya Lagu, Nada Cinta, Dilema Cinta