Thornton (kiri) dan Jolie masih lagi bersahabat baik walaupun sudah bercerai pada 2003.PENGAKUAN yang agak mengejutkan daripada Billy Bob Thornton! Aktor filem Pushing Tin ini berkata dia tidak sepatutnya berada dalam kisah cinta bekas isterinya, Angelina Jolie.Sebelum menjalinkan hubungan dengan Bradd Pitt, Jolie pernah berkahwin dengan Thornton pada tahun 2000 dan cerai pada tahun 2003. "Saya tinggalkan dia (Jolie) kerana merasakan saya tidak cukup baik untuknya. Kami punya cara tersendiri dalam menjalani hidup dan cara saya amatlah tidak bersesuaian dengannya."Terasa seperti berada dalam filem Phantom Of The Opera pula yang bersembunyi di sebalik topeng. Saya percaya, kenalan yang rapat dengan kami pasti akan bersetuju dengan pendapat ini," kata Thornton kepada program temubual Nightline.Bagaimanapun kata Thornton, sehingga kini dia dan Jolie masih lagi bersahabat baik dan tidak pernah membenci antara satu sama lain.