suria

Black Sudah Ada Kekasih Hati

Black. Foto-Sam Tham
Black. Foto-Sam Tham
Black. Foto-Sam Tham

PETALING JAYA: Penyanyi Black, 25, berkata dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang wanita yang baru dikenalinya dan perhubungan mereka itu masih lagi terlalu baru untuk didedahkan kepada umum.

Menurut Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, dia berasa bahagia dengan perhubungan yang baru terjalin selama dua bulan itu, namun belum memikirkan tentang soal jodoh lagi.

"Masih terlalu baru untuk mendedahkan siapa wanita itu, namun saya akui yang kini sudah memiliki seorang kekasih.

"Bagaimanapun saya belum memikirkan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini," katanya.

Tambah Black, pada tahun ini fokusnya lebih ke arah membina karier, lebih-lebih lagi penyertaannya dalam pertandingan Versus yang disiarkan menerusi saluran TV9 itu membuatkan dia lebih bersemangat dalam mengukuhkan kerjayanya itu.

"Tahun ini adalah tahun sibuk saya dimana kini saya lebih fokuskan tentang pertandingan Versus bersama-sama dengan kumpulan saya iaitu Black & Parallax.

"Kami mengejar wang kemenangan sebanyak RM200,000. Bukan mata duitan, tetapi wang itu dapat digunakan untuk mengembangkan lagi kerjaya kami.

"Bagaimanapun, sekiranya kalah, kami redha. Apa-apapun saya ingin memberikan yang terbaik dalam pertandingan itu," ujarnya bersemangat.

Dalam pada itu, Black juga bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru dalam masa terdekat ini, di bawah label syarikat rakamannya, Monkey Bone Records.

Artikel Lain