Ashton dan Demi dilaporkan sering berjumpa sejak berpisah. SEJAK mengumumkan perpisahan mereka pada November tahun lalu, kebarangkalian untuk pasangan Ashton Kutcher dan Demi Moore untuk kembali rujuk dilihat sangat mustahil.Ini kerana Demi benar-benar kecewa dengan perbuatan suaminya itu yang menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain sehingga mendapat liputan meluas media di Amerika Syarikat. Malah Demi turut jatuh sakit dan pernah dimasukkan ke hospital akibat tertekan dengan perbuatan Ashton.Namun pasangan itu dilaporkan telah berjumpa beberapa hari lalu di sebuah majlis dan sumber terdekat memberitahu pertemuan itu bukan kali pertama.Sumber itu juga turut memberitahu, mereka masih mencintai antara satu sama lain dan turut berbincang mengenai masa depan masing-masing."Mereka benar-benar masih mencintai dan setiap kali bertemu mereka akan berpelukan tanpa menghiraukan sesiapa yang memandang."Malah proses penceraian mereka masih belum selesai buat masa ini," ujarnya kepada DailyMail.Bagaimanapun jurucakap pasangan itu enggan mengulas mengenai perkhabaran terbaru itu.