ALBUM: Some NightsARTIS: Fun EDARAN: Warner Music Malaysia SOME NIGHTS bukanlah album pertama daripada Fun. Ini merupakan album kedua daripada kumpulan indie pop ini selepas Aim And Ignite yang dikeluarkan pada tahun 2009.Bagi peminat muzik yang inginkan sedikit kelainan, album ini mungkin sesuai untuk diperdengarkan.Pengenalan lagu Some Nights menunjukkan Fun tampil berbeza dengan album sebelumnya kerana kumpulan yang terdiri daripada tiga ahli iaitu Nate Ruess, Andrew Dost dan Jack Antonoff turut tampil dengan konsep ala Broadway.Malah trio ini cukup berani kerana mempertaruhkan Some Nights dengan versi kedua yang mana muziknya lebih besar. Sedikit unsur penyanyi Mika juga ada pada lagu ini.Seperti yang diperdengarkan di corong-corong radio, We Are Young menjadi kegemaran ramai dan ternyata kolaborasi Fun bersama Janele Monae menjadi.Walaupun album ini mempunyai unsur provokatif, tolak tepi hal itu, kerana kebijaksanaan mereka menginspirasikan sebuah muzik yang unik memberi satu nafas baru buat halwa telinga pendengar.Lagu Carry On yang menggunakan elemen muzik instrumen seperti memberi nyawa pada lagu tersebut. Menarik.Bagaimanapun, pada pendapat saya ada juga beberapa lagu yang kurang menarik perhatian seperti Stars dan One Foot.Secara keseluruhannya, album yang memuatkan sebanyak 10 buat lagu ini penuh dengan eksperimen muzik yang dilakukan oleh Fun yang sentiasa kreatif dalam penghasilan lagu mereka.LAGU PILIHAN: Some Nights, We Are Young, Carry On