suria

Dr Siti Hasmah Mahu Kerjaya Doktor Diberi Fokus Dalam Teaternya

Dr Siti Hasmah mahu kerjayanya sebagai doktor diketengahkan sebagai fokus utama dalam pementasan teater Tun Dr Siti Hasmah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 30 Ogos sehingga 8 September depan.
Dr Siti Hasmah mahu kerjayanya sebagai doktor diketengahkan sebagai fokus utama dalam pementasan teater Tun Dr Siti Hasmah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 30 Ogos sehingga 8 September depan.
Dr Siti Hasmah mahu kerjayanya sebagai doktor diketengahkan sebagai fokus utama dalam pementasan teater Tun Dr Siti Hasmah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 30 Ogos sehingga 8 September depan.

KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri ke empat, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mahu penerbit teater Tun Dr Siti Hasmah memberi fokus terhadap kerjayanya sebagai doktor berbanding kehidupan peribadi untuk pementasan itu nanti.

Siti Hasmah berkata, kejayaannya mengubah mentaliti masyarakat desa yang lebih percaya kepada perubatan tradisional kepada moden adalah satu titik penting dalam kerjayanya sebagai doktor perubatan.

"Rasanya adalah lebih baik kisah mengenai kerjaya saya dipaparkan kepada penonton kerana ia mungkin dapat memberikan inspirasi kepada mereka terutamanya golongan wanita dan doktor muda," ujarnya ketika ditemui pada Jumaat.

Tambah Siti Hasmah, dia merasakan kisah peribadinya tidak menarik untuk diceritakan kepada penonton dan menganggap kehidupannya sama seperti wanita lain.

"Jika di rumah saya masih lagi seorang isteri dan ibu yang menjalankan kerja-kerja biasa bagi seorang suri rumah tiada apa yang istimewa," katanya.

Teater Tun Dr Siti Hasmah bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 30 Ogos sehingga 8 September depan dan ia bakal diarahkan oleh pelakon dan pengarah terkenal, Adlin Aman Ramli.

Diterbitkan oleh World Islamic Network Television Sdn Bhd, teater berkenaan bakal diterajui oleh Erra Fazira yang memegang watak sebagai Siti Hasmah.

Dalam pada itu, Siti Hasmah berkata, dia gembira apabila Erra diberi kepercayaan memegang watak sebagai dirinya dan menganggap pemilihan itu sebagai tepat.

"Erra pernah memegang watak diri saya dalam teater muzikal Tun Mahathir sebelum ini dan dia berjaya menghidupkan peranan itu dengan baik sekali," katanya.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut hadir memberitahu beliau secara dasarnya agak malu untuk bercerita mengenai perihal peribadinya kepada umum dan lebih selesa untuk mengulas mengenai isu politik.

"Kalau bertanya pasal isu politik saya boleh jawab tetapi apabila ditanya mengenai soal peribadi saya agak malu hendak bercerita kepada umum," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Erra menjelaskan dia berasa gugup untuk membawa watak bekas wanita pertama negara itu walaupun sebelum ini pernah membawa peranan berkenaan.

Erra menjelaskan perasaan gugup itu timbul apabila pementasan itu bakal menceritakan sepenuhnya mengenai Siti Hasmah dan gusar jika gagal melakukan yang terbaik.

"Dulu dalam 12 babak sahaja saya bawa watak Tun (Siti Hasmah) dalam pementasan teater muzikal Tun Mahathir dan kali ini secara penuh.

"Saya bimbang tidak dapat memberikan yang terbaik tambahan pula Tun sendiri bakal menyaksikannya nanti," ujarnya.

Bagaimanapun kata Erra, dia bersyukur apabila dapat menghabiskan masa bersama wanita itu bagi mendalami personalitinya sebagai persediaan untuk teater tersebut.

"Setakat ini sudah dua kali saya bertemu dengan beliau bagi mendalami dirinya dan beliau adalah seorang yang sangat ramah dan banyak membantu," ujar Erra.

Artikel Lain