Chris Hemsworth. PELAKON filem Snow White And Huntsman, Chris Hemsworth nyata gembira dengan status baru sebagai bapa kepada India Rose yang baru berusia tiga minggu.Menurut Chris, anak perempuannya itu adalah bayi yang paling comel dan keletahnya sering membuatkan dirinya bahagia. "Tidak pernah saya terfikir bahawa menjadi seorang bapa adalah saat yang mengagumkan dan melihat dia tidur dalam pelukan saya adalah saat paling bahagia buat saya," ujarnya.Menurut suami kepada Elsa Pataky itu, meski pun Rose belum berusia sebulan, anaknya itu sangat lincah dan lasak.Dalam pada itu, isterinya memberitahu, Chris aalah seorang bapa yang baik dan pandai menguruskan anak mereka."Dia sangat memahami keadaan saya dan ketika melihatnya menguruskan Rose, saya fikir dia akan menjadi seorang ayah yang baik," ujarnya.