suria

Eva Mendes Sanggup Tinggalkan Kekasih Kerana Anak

Eva Mendes dan kekasihnya, Ryan Gosling.
Eva Mendes dan kekasihnya, Ryan Gosling.
Eva Mendes dan kekasihnya, Ryan Gosling.

KEMESRAAN pasangan kekasih iaitu Ryan Gosling dan Eva Mendes yang sering dipamerkan kepada masyarakat cukup meyakinkan bahawa mereka sedang meniti saat bahagia.

Tanpa sebarang gosip liar, kisah cinta mereka dilihat berjalan lancar.

Bagaimanapun, Eva mengejutkan para peminatnya apabila dia dikhabarkan sedang mempertimbangkan untuk tidak mengakhiri hubungan tersebut dengan perkahwinan sekiranya Gosling enggan menurut kehendaknya.

Menurut sumber terdekat pasangan itu, Eva sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan memiliki anak sendiri walaupun mempunyai seorang anak angkat yang diambil pada tahun 2010.

"Eva menyatakan kepada Gosling yang dia mahu anak berkenaan bersamanya namun jika lelaki itu tidak mahu, Eva tidak teragak-agak untuk memutuskan hubungan tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Gosling yang baru berusia 31 tahun dilaporkan masih belum terfikir untuk mempunyai anak sendiri dan ingin memberikan fokus kepada kerjaya lakonan.

"Gosling mencintai Eva namun dia belum bersedia untuk mempunyai anak kerana lebih mementingkan kerjaya lakonannya," ujar sumber pasangan itu lagi.

Artikel Lain