suria

Dian Sastrowardoyo Bawa Pengisar Makanan Ke Paris

Dian Sastrowardoyo.
Dian Sastrowardoyo.
Dian Sastrowardoyo.

PELAKON terkenal Indonesia memberitahu membawa pengisar makanan ke Paris, Perancis bersama-samanya semasa mengadakan menghadiri Festival Filem Cannes 2012 baru-baru ini.

Dian berkata, tujuan dia membawa alat pengisar makanan itu adalah kerana mudah untuk mengisar makanan untuk anak sulungnya iaitu Syailendra Sutowo yang kini berusia 11 bulan.

"Saya turut membawa anak ke Paris dan memasak sendiri makanan untuk Syailendra dan mesin pengisar makanan itu dibawa kerana untuk mengisar makanan supaya mudah untuk di makan oleh anak saya," ujarnya.

Dian turut memberitau, sehingga kini dia tidak gemar memberikan anak lelakinya itu makanan segera dan lebih senang memasak sendiri makanan tersebut.

Pemergian pelakon itu ke Paris turut disertai oleh suaminya iaitu Indraguna Sutowo.

Dalam pada itu, Dian berkata, selain menghadiri Festival Filem Cannes 2012, dia dan keluarganya sempat menghabiskan masa di kota cinta itu dengan bersiar-siar di tempat menarik.

"Seronok dapat bekerja sekaligus bercuti bersama keluarga dan ia adalah pengalaman yang cukup indah," ujarnya.

Artikel Lain