Enam peserta bertanding memberikan persaingan hebat dalam merebut tempat di peringkat akhir. Foto SHAARI CHEMATKUALA LUMPUR: Pertandingan Bintang RTM 2012 peringkat separuh akhir kedua sengit apabila enam peserta bertanding memberikan persaingan hebat dalam merebut tempat di peringkat akhir.Juri jemputan BRTM 2012 iaitu Hazami berkata, seperti mana peserta pada separuh akhir 1, finalis minggu ini memberikan persembahan yang cukup baik. Hazami bagaimanapun memberitahu itu tidak menjadikan kedudukan mereka selesa sebaliknya masih banyak ruang yang perlu diperbaiki."Macam salah seorang peserta iaitu Farhan, saya masih ingat beberapa minggu lalu suaranya agak berbeza namun persembahannya pada peringkat separuh akhir ini amat meyakinkan."Tidak ketinggalan beberapa peserta lain yang menunjukkan peningkatan yang ketara," ujarnya ketika ditemui selepas pertandingan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini pada Sabtu.Selain Hazami, dua lagi juri adalah Editor Hiburan akhbar Kosmo! iaitu Yusman Awang dan Adnan Abu Hassan.Para peserta turut mendapat bimbingan daripada guru vokal terkenal iaitu Siti Hajar.Enam peserta tersebut adalah Farhan, 16, Arie (23), Darren (20), Hafsyam (25), Shalina (16) dan Shazia (19).Menampilkan Muaz sebagai pengacara, separuh akhir kedua ini menyaksikan para peserta perlu menyampaikan dua buah lagu secara medley.Penonton turut dihiburkan dengan persembahan dua artis jemputan iaitu Sabhi Sadhi yang menyampaikan lagu Nadiku dan Kilafairy dengan lagu Romance.Sementara itu, tiada sebarang penyingkiran dilakukan oleh pihak produksi minggu ini dan ia hanya akan dilakukan pada minggu seterusnya iaitu pada 23 Jun depan.Sebanyak empat finalis akan disingkirkan pada program itu nanti daripada 12 peserta yang bertanding.