suria

Anne Hathaway Kurus-Kering Kerana Lobak

Anne Hathaway
Anne Hathaway
Anne Hathaway

DEMI filem Les Miserables, Anne Hathaway telah menurunkan beratnya secara drastik dan ramai yang tertanya-tanya diet apakah yang digunakannya sehingga menyebabkan dia kelihatan kurus kering.

Menurut laporan The Sun, aktres berusia 29 tahun itu berkata rahsianya hanya dengan memakan lobak setiap hari.

"Diakui, saya kehilangan berat badan dengan begitu drastik dan hanya menjalani enam hari “detoks”, diet ini sangat menyenangkan.

"Saya hanya memakan lobak dan “hummus”, sejenis makanan daripada Timur Tengah yang dibuat daripada sejenis kacang, bawang putih dan air jeruk nipis," katanya.

Walaupun mendapat tubuh badan seperti yang diinginkan, Anne terpaksa berdepan dengan kesan lain apabila wajahnya dipenuhi dengan jerawat.

Ternyata Anne begitu bersungguh-sungguh dalam kerjanya sebagai seorang pelakon profesional.

Sebelum ini, Anne mengambil masa setahun untuk mengubah tubuh badannya bagi mengenakan kostum “Catwomen” yang sangat ketat.

Artikel Lain