suria

Adele Umum Hamil Anak Kekasih

Adele
Adele
Adele

KETIKA industri muzik seluruh dunia masih bercakap tentang fenomena kerjaya seni Adele yang luar biasa, penyanyi itu membuat kejutan apabila memgumumkan dia sedang mengandung anak kekasihnya iaitu Simon Konecki.

Melalui satu mesej yang ditinggalkan di laman web rasmi penyanyi itu, Adele memberitahu dia sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka.

"Dengan rasa gembira saya mengumumkan bahawa saya dan Simon sedang menunggu kelahiran anak pertama kami," ujarnya menerusi mesej itu.

Walapun Adele tampak gembira dengan berita tersebut dan dikongsi bersama peminatnya, namun dia berharap diberikan privasi sepanjang kehamilannya itu.

"Saya mahu anda semua tahu daripada saya sendiri berita ini. Kami sangat bahagia sekarang namun berharap sedikit ruang privasi diberikan kepada kami berdua," katanya.

Penyanyi lagu Someone Like You ini mula menjalinkan hubungan dengan Simon sejak pertengahan tahun lalu dan Adele pernah mengutarakan hasratnya untuk memiliki anak bersama Simon.

"Saya mahu lima orang anak darinya," katanya.

Artikel Lain