Para pelakon yang membintangi drama 'Mana Hilangnya Juwita'.SHAH ALAM: Drama bersiri terbaru iaitu Mana Hilangnya Juwita bakal mengangkat tentang kejadian penculikan yang sering berlaku dalam masyarakat.Pengarahnya iaitu Joeza Rasidi berkata, elemen itu dijadikan sebagai plot utama agar jalan cerita yang ditampilkan lebih menarik malah dapat memberikan iktibar kepada penonton. "Banyak elemen dalam drama 15 episod ini kita masukkan perkara-perkara yang pernah terjadi dan disiarkan dalam akhbar tetapi diolah menjadi lebih menarik."Ia sedikit sebanyak dapat memberikan pengajaran kepada penonton," ujarnya semasa sidang media drama bersiri itu di sini, Isnin.Mana Hilangnya Juwita bakal menemui penonton pada 9 Julai ini, pukul 10 malam di Astro Ria.Dalam pada itu, Joeza berkata, dia agak gemuruh apabila dapat bekerjasama dengan tiga pelakon hebat iaitu Erra Fazira, Datin Umie Aida dan Lisa Surihani yang mempunyai kehebatan masing-masing.Joeza bagaimanapun berkata, ketiga-tiga pelakon itu cukup profesional dan mudah bekerjasama dengan mereka."Walaupun mereka adalah antara pelakon yang terbaik, sikap profesional dan mendengar arahan daripada saya sebagai pengarah adalah cukup istimewa. Tidak sukar bekerjasama dengan nama-nama besar seperti mereka," ujarnya.Selain tiga pelakon wanita tersebut, antara pelakon lain yang turut terlibat sama adalah Zahiril Adzim, Azhan Rani, Raja Ilya dan Diana Johor.Drama Mana Hilangnya Juwita mengisahkan tentang Anggun yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari adiknya, Juwita yang hilang.Namun perjalanannya untuk mencari adiknya mengundang pelbagai kisah yang membongkar mengenai misteri kehilangan Juwita.