suria

Andy Tidak Tinggalkan Flop Poppy Kerana The Malayan

Andy (kanan) kini bersama kumpulan band baru, The Malayan. Foto AZHAR MAHFOF
Andy (kanan) kini bersama kumpulan band baru, The Malayan. Foto AZHAR MAHFOF
Andy (kanan) kini bersama kumpulan band baru, The Malayan. Foto AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Flop Poppy iaitu Andy menubuhkan kumpulan baru iaitu The Malayan kerana ingin menghasilkan sesuatu yang baru dalam karier nyanyiannya.

Andy, 40, menjelaskan, penubuhan kumpulan baru itu tidak bererti dia sudah meninggalkan Flop Poppy sebaliknya ingin memuaskan keinginannya sebagai penulis lagu dan komposer.

"Saya sudah terlalu lama dengan Flop Poppy dan konsep muzik kami telah mencapai fasa matang dan untuk berpatah balik menghasilkan sesuatu yang berbeza takut tidak dapat diterima ramai.

"Oleh sebab itu, saya menubuhkan kumpulan baru ini supaya dapat memberikan sisi lain daripada saya sebagai penyanyi, penulis dan komposer," katanya kepada mStar Online selepas pelancaran album pertama The Malayan di Red Box Sogo, di sini, Khamis.

Andy juga turut memberitahu, bukanlah sesuatu perkara pelik apabila seseorang itu ingin menyertai kumpulan lain kerana ia sudah menjadi perkara biasa pada masa kini.

"Saya tidak pernah meninggalkan Flop Poppy dan bukan sesuatu yang pelik untuk menyertai kumpulan lain tambahan pula buat masa ini kami tiada projek baru," ujarnya.

Dalam pada itu, Andy memberitahu idea untuk menubuhkan The Malayan terhasil apabila bertemu rakan baiknya iaitu Khian selepas terpisah hampir sepuluh tahun.

Andy berkata, dia telah lama bekerjasama dengan Khian semasa mula-mula berjinak dalam dunia seni dan selesa bersama rakan baiknya itu.

"Sepuluh tahun lalu, Khian telah berhijrah ke luar negara dan semenjak itu kami terpisah. Bagaimanapun dua tahun lalu kami bertemu semula menerusi laman Facebook dan memutuskan untuk bekerjasama dalam sebuah album," katanya.

Selain Khain, The Malayan turut disertai oleh anak Andy sendiri iaitu Megat Daniel Azreen, 20, dan anak saudaranya, Hafizs, 31.

Sementara itu, bercakap mengenai album pertama mereka, Andy berkata ia berkonsepkan pop rock ringan yang boleh didengar oleh semua golongan.

Memuatkan lima buah lagu, Andy memberitahu dia dan Khian bersama-sama menghasilkan album itu yang memakan masa dua tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain