Sylvester StalloneLOS ANGELES: Aktor veteran Sylvester Stallone berkata kehilangan anaknya Sage akan terus dirasai sepanjang hayatnya dan bekas isteri Sasha Czack kerana anak itu sudah diibaratkan seperti nyawa mereka sendiri.Sage, 36, ditemui mati di kediamannya di sini pada 13 Julai lalu. “Kehilangan besar ini akan terus kami rasai untuk sepanjang hayat. Sage adalah anak pertama kami dan dia bagaikan permata dan nyawa kami."Saya memohon agar semua peminat di luar sana mendoakan kesejahteraan rohnya,” katanya seperti dipetik laman tmz.com.Sylvester turut meminta semua pihak menunjukkan perasaan hormat dan belas kasihan kerana kehilangan Sage.“Tiada apa yang lebih memeritkan selain pengalaman ibu bapa yang kehilangan anak mereka."Justeru itu, saya merayu orang ramai agar melahirkan perasaan hormat kepada Sage dan belas kasihan kepada ibunya Sasha,” katanya.