Sofian Bujang percaya masa untuk dia dikenali ramai akan tiba kelak. - Foto oleh LOW LAY PHONKUALA LUMPUR: Bekas peserta rancangan Pilih Kasih musim pertama ini, Sofian Bujang sanggup menunggu untuk tempoh yang lama bagi meyakinkan penggiat industri dan masyarakat dengan bakat dan kebolehannya sebagai anak seni.Sofian, 27, berkata minat yang mendalam terhadap bidang lakonan menjadi pendorong untuk dia terus berusaha menempatkan diri di persada hiburan tanah air. “Tempoh tiga tahun bergelar selebriti adalah jangka waktu yang penuh dengan kesulitan. Saya perlu bersusah-payah setiap hari untuk mencari peluang di merata tempat.“Namun, saya tidak pernah patah semangat kerana saya percaya dengan usaha yang berterusan, masa saya untuk dikenali dan diterima umum pasti akan tiba satu hari nanti,” katanya kepada mStar Online di sini.Sofian berkata, senario industri hiburan yang cenderung dan memberikan keutamaan pada aspek fizikal artis berbanding bakat membakar semangatnya untuk membuktikan kepada khalayak bakat dan kebolehannya.“Saya ambil apa sahaja peluang yang ditawarkan, asalkan sumber pendapatan itu halal. Sebab itu, sejak setahun kebelakangan ini saya mula berjinak-jinak sebagai pengacara di TVi (saluran Astro 180) dan majlis-majlis hiburan serta penyampai Radio Kenyalang (saluran Astro 868).“Selera dan keutamaan khalayak di Malaysia adalah paras rupa selebriti dan bakat jatuh nombor dua sedangkan saya kurang pada paras rupa dan fizikal. Sebab itu, saya mahu buktikan bakat dan kemampuan saya dalam apa juga bidang,” katanya.Bercerita mengenai perkembangan terbaru, lelaki dari Sarawak ini berkata, dia berasa bertuah dilantik sebagai salah seorang daripada sembilan ikon saluran TVi sejak setahun yang lalu.Katanya, selain rezeki yang banyak berpihak kepada pengacaraan, dia juga masih menerima pelbagai tawaran lakonan termasuklah drama bersiri Opah musim baru untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM).“Saya baru sahaja menamatkan penggambaran Opah musim baru untuk RTM. Kini saya kembali menumpukan komitmen pada TVi sebagai hos Jom Lumba yang akan ditayangkan bermula 27 Julai ini.“Selain itu, saya bertugas sebagai penyampai Radio Kenyalang pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 4 petang,” katanya.