Azad JazminKUALA LUMPUR: Pelakon Azad Jazmin berkata perkahwinan dengan aktres Eira Syazira sejak 10 bulan lalu menjadikan dia semakin matang dan mampu mengawal sikap panas baran yang dimilikinya selama ini.Azad atau nama sebenarnya Azad Jazmin John Louis Jeffri, 36, berkata dia bersyukur kerana sikap baran dan mudah melenting itu beransur hilang. “Persepsi yang menganggap saya panas baran dan mudah melenting tidak akan pernah pudar. Ia sentiasa ada kerana segelintir pihak sering tersalah anggap dengan cara pertuturan dan gestur tubuh saya yang kasar dan agresif.“Namun, saya gembira dengan kematangan dan ketenangan sikap saya miliki kini. Saya lebih relaks dan tidak mudah melenting walaupun ada perkara negatif yang timbul,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.Azad dan Eira dinikahkan oleh bapa aktres itu, Shuhaimi Acheh pada 16 September 2011 dengan mas kahwin sebanyak RM 300 di Putrajaya dekat sini.Ditanya mengenai sikap negatif yang sinonim dengan dirinya sebelum ini, Azad berkata orang ramai semakin dapat menerima bahawa sikap kasar itu hanyalah karakter luaran dirinya.“Saya berasal dari Pulau Pinang. Secara kebetulan cara yang kasar itu sering disinonimkan dengan orang-orang dari utara. Padahal saya bercakap seperti orang lain juga cuma ton suara saya kedengaran kasar dan lantang, sekaligus mengundang salah faham.“Kalau orang mengenali saya, mereka akan faham dan terima sikap yang kelihatan kasar diluar sahaja, bukan dalaman saya. Jika tidak, mana mungkin saya dapat hidup bersama Eira dan keluarganya yang dikenali kerana sikap lemah lembut mereka,” jelasnya.Terbaru, Azad kini sibuk di lokasi penggambaran filem arahan Ahmad Idham berjudul Gangster Celop dan sebuah lagi filem, Mamak Cupcake.Azad juga bakal muncul dengan filem terbaru berjudul SAM arahan Syafiq Yusof bermula 19 Ogos depan bersempena Hari Raya Aidilfitri.