suria

Bebas Penjara, Ariel (Peterpan) Rancang Majlis Berbuka Puasa

Ariel (Peterpan)
Ariel (Peterpan)
Ariel (Peterpan)

JAKARTA: Vokalis Peterpan, Ariel yang bakal dibebaskan dari penjara Kebon Waru pada hari ini merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa dengan pihak media dan ahli kelab peminat Sahabat Peterpan di Hotel Grand Serela, Bandung.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham berkata, majlis berbuka dan sidang media yang akan diadakan pada petang ini adalah sebagai tanda kesyukuran atas pembebasannya pada bulan Ramadan ini.

“Sehubungan dengan pembebasan saya dari Rutan Waru, maka bersama ini, kami sekeluarga mengundang teman-teman media untuk menghadiri majlis kesyukuran, sidang media dan berbuka puasa bersama pada Isnin pada pukul 4 hingga 6 petang WIB di Ballroom Hotel Grand Serela.

“Besar harapan kami jika teman-teman media dapat hadir pada acara ini. Terima kasih,” ujar Ariel dalam satu pesanan yang disampaikan kepada media, di sini.

Perancangan tersebut turut dipersetujui salah seorang anggota kumpulan itu, Lukman. Katanya, Ariel akan disertai anggota kumpulan yang lain untuk berbicara dengan wartawan.

“Benar, perancangan (majlis) adalah seperti itu. Ariel akan bertemu media dan peminat pada majlis itu nanti,” kata Lukman.

Difahamkan, seramai 250 ahli Sahabat Peterpan dijangka menyertai majlis berbuka puasa itu.

“Tapi tidak mungkin semuanya dapat datang kerana tidak muat ruang itu,” katanya.

Ariel ditahan pada 23 Jun 2010 selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam kes penyebaran video porno dengan dua artis wanita, Luna Maya dan Cut Tari.

Artikel Sebelum

Artikel Lain