Elton JohnLONDON: Penyanyi legenda Elton John enggan mendaftarkan sebarang akaun di laman-laman sosial termasuk Twitter kerana sedar dia akan berhadapan masalah dengan mudah.“Ia (laman sosial) akan memusnahkan karier saya. Saya akan dipenjarakan dalam masa dua hari selepas membuka akaun laman sosial. “Sikap dan mulut saya yang lancang ini hanya akan membawa padah jika saya mengemas kini apa-apa mesej yang boleh menimbulkan masalah di situ,” katanya seperti dipetik laman contactmusic.com.Katanya, sekalipun dia mempunyai akaun laman sosial, dia tetap akan berhadapan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan teknologi semasa.“Anda tidak akan dapat melihat saya merakamkan lagu atau apa sahaja mengenai muzik menerusi medium itu sebab saya memang tidak tahu menggunakannya.“Saya mempunyai iPad tetapi tidak memiliki telefon bimbit. Saya tidak arif mengenai penggunaan komputer, malah saya tidak mempunyai komputer pun,” katanya.