Linda Onn. Foto- AHMAD IZZRAFIQ ALIASKUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM Linda Onn menyifatkan penyertaan Kudsia Kahar ke stesen radio tersebut sebagai Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran kumpulan media The Star sebagai bukti mereka tidak pernah berbalah seperti yang pernah diperkatakan beberapa pihak sebelum ini.Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn, 35, berkata, khabar angin itu mungkin timbul daripada individu yang tidak berpuas hati atau mempunyai sifat dengki melihat keakraban mereka. "Jika masih ada lagi peminat menganggap saya dan Kudsia pernah bermasam muka, itu semua salah faham."Malah, ketika zaman saya di radio Era FM dulu, Kudsia adalah antara orang kuat yang membantu menaikkan nama saya dalam industri hiburan ini."Dan saya keluar daripada rangkaian Astro Radio (yang dulunya dipanggil Airtime Management & Programming ) juga bukan kerana berbalah dengannya. Entahlah, mungkin ada yang dengki dan cuba melaga-lagakan kami," katanya.Sebelum ini, ada khabar angin mengatakan Linda dan Kudsia pernah berbalah sehinggalah menyebabkan Linda ditukarkan ke Sinar FM pada tahun 2009 selepas 11 tahun menjadi deejay di Era FM.Beberapa bulan kemudian, Linda memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dengan rangkaian stesen radio itu dan menyertai Suria FM.Sementara itu, beritahu Linda, kehadiran Kudsia ke stesen radio tersebut yang berkuat kuasa pada 16 Julai lalu membuatkan dia teruja untuk bekerjasama semula bagi menaikkan jenama suria FM bersama rakan-rakan lain."Saya harap penyertaan Kudsia ini dapat memberi semangat kepada kami untuk mengukuhkan nama Suria FM seperti yang pernah kami sama-sama lakukan ketika berada di Era FM dahulu."Apa-apa pun, diharap tiada lagi yang busuk hati ingin melagakan saya dengan Kudsia atau dengan mana-mana orang sekalipun, " tuturnya.Penyertaan Kudsia dalam kumpulan media The Star adalah untuk memperkukuhkan empat stesen radio melibatkan Suria FM, Capital FM, Red FM serta satu saluran berbahasa Mandarin iaitu 988.Selain itu bekas Ketua Bahagian Program, Lite FM yang juga dari Astro iaitu Adiwati Zainuddin turut menyertai Suria FM menjawat jawatan yang sama.