suria

Emma Watson Korbankan Pengajian Demi Kerjaya

Emma Watson
Emma Watson
Emma Watson

AKTRES Emma Watson sering dikenali sebagai selebriti remaja yang mementingkan pelajaran daripada karier. Namun pemegang watak Hermione Granger dalam filem sekuel Harry Porter kini bertindak sebaliknya pula.

Menurut laporan Dailymail, Emma memutuskan untuk menunda pengajiannya di Brown University sehingga hujung tahun ini bagi memberi fokus kepada beberapa filem yang dibintanginya itu.

"Emma membuat keputusan untuk cuti satu semester di Brown. Dia bingung apabila akhir-akhir ini dia kerap ditawarkan berlakon serta promosi beberapa filem yang dibintanginya.

"Dia berasakan perlu menggunakan jalan yang bijak dan pintas agar pengajian dan kerjayanya berjalan seiring dan tidak lari daripada fokus," katanya.

Bagaimanapun Emma akan kembali menyambung pengajian pada Januari 2013.

Pada Mac tahun lalu, Emma juga pernah mengumumkan bahawa dia akan menunda pengajiannya yang terletak di Rhode Island itu.

Khabar angin mengatakan Emma tidak mungkin akan kembali ke sekolah tersebut memandangkan dia sering dibuli oleh rakan-rakannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain