Anne Hathaway. WALAUPUN sibuk dengan pelbagai tugas negara, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sempat meluangkan masa untuk menonton filem The Dark Knight Rises.Laman E! melaporkan Obama yang menyukai filem tersebut turut memuji lakonan Anne Hathaway yang dianggap sebagai terbaik dan meninggalkan kesan kepada penonton. Obama menonton filem berkenaan dalam satu acara mengumpulkan dana di rumah pengarahnya iaitu Harvey weinstein di Connecticut baru-baru ini.Hathaway yang kebetulan berada pada majlis sama terharu dengan pujian Obama tidak menyangka Presiden Amerika Syarikat tersebut mengenali dan menyukai lakonannya.