suria

Bapa Terkejut Jennifer Aniston Bertunang

Jennifer dan Justin bertunang pada 10 Ogos lalu.
Jennifer dan Justin bertunang pada 10 Ogos lalu.
Jennifer dan Justin bertunang pada 10 Ogos lalu.

PERTUNANGAN dan perkahwinan seharusnya menjadi hal penting yang harus diketahui oleh ibu bapa pasangan masing-masing.

Celebuzz bagaimanapun melaporkan, bapa kepada Jennifer Aniston memberitahu dia langsung tidak mengetahui mengenai pertunangan anaknya itu dengan Justin Theroux baru-baru ini.

"Saya baru mendengar tentang berita ini dan ia mengejutkan," ujar John Aniston saat ditanya mengenai perihal anak perempuannya itu.

Dalam pada itu, jurucakap kepada pelakon siri “Friends” tersebut menafikan mengenai kenyataan John sebaliknya memberitahu dia mungkin keliru apabila bertemu media sehingga berpura-pura tidak tahu.

"John mungkin tidak menyedari bahawa berita itu telah tersebar luas dan dia sebenarnya berpura-pura tidak tahu kerana tidak mahu bercakap bagi pihak Jennifer," ujarnya.

Jennifer dan Justin secara rasmi bertunang pada 10 Ogos lalu namun masih belum merancang tarikh hari bahagia mereka.

Artikel Lain