suria

Aaron Aziz Sudah Lama Jadi Pengarah Drama

Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik.
Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik.
Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik.

PETALING JAYA: Pelakon kacak Aaron Aziz berkata pembabitan sebagai seorang pengarah drama bukan perkara baru kerana dia sudah lama melakukan tugas tersebut sejak beberapa tahun lalu di Singapura.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata cabang pengarahan hanya sekadar hobi yang diminatinya dan ia adalah perkara baru bagi kalangan peminat di negara ini.

“Peminat di Malaysia baru mengetahui saya boleh mengarah selepas menghasilkan klip video lagu Untuk Dia nyanyian kumpulan Sleeq dan Najwa Latif beberapa bulan lalu.

“Sebenarnya saya sudah lama terlibat dalam bidang pengarahan. Sejak berlakon di Singapura lagi saya sudah mengarahkan beberapa projek drama dan klip video,” katanya.

Aaron berkata, dia membuat keputusan untuk mengarahkan klip video lagu itu kerana Sleeq merupakan artis naungan di bawah syarikat miliknya, Aaron Aziz Production.

“Sudah kebetulan mereka (Sleeq) adalah artis yang bernaung di bawah syarikat saya, jadi apa salahnya saya mengarahkan klip video lagu itu.

“Saya hanya mengambil sesuatu tugas pengarahan jika berkelapangan. Buat masa ini, saya tumpukan pada komitmen lakonan dulu,” katanya.

Mengenai sambutan Hari Raya, bapa kepada tiga anak ini berkata, mereka sekeluarga sempat menghabiskan masa selama seminggu di Singapura.

Terbaru, drama bersiri 80 episod lakonan Aaron berjudul Adam dan Hawa akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 10 malam ini di Astro Mustika HD (saluran 134 ).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain