Shera Aiyob dan suaminya Zahiril AdzimPETALING JAYA: Pelakon jelita Shera Aiyob mengakui sudah bersedia memikul tanggungjawab untuk bergelar ibu namun mengharapkan rezeki itu tiba selepas kerja-kerja lakonannya selesai.Shera berkata, keinginan itu sudah pun wujud selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zahiril Adzim pada November tahun lalu dan sedang menunggu sekiranya dikurniakan Allah rezeki sebagai pengikat cintanya dengan suami. "Sebenarnya saya sudah lama bersedia untuk timang anak dan tidak kisah bila-bila sahaja untuk menerima anugerah Allah itu."Bagaimanapun, kalau boleh, biarlah kerja-kerja lakonan yang sedia ada selesai, baru mudah untuk saya menguruskan diri," katanya.Tambah Shera, sejak menceburkan diri dalam bidang lakonan menerusi filem Karak terbitan KRU, tawaran berlakon yang diterimanya tidak pernah putus membuatkan dia kini lebih memberi fokus dalam bidang tersebut."Alhamdulillah, banyak rezeki yang saya terima datang daripada tawaran berlakon. Untuk tahun ini sahaja, saya akan muncul dalam filem “Juvana” dan “Psiko”."Malah saya turut dipanggil dari sebuah majalah di Indonesia untuk menjadi penghias muka depan majalah itu. Mungkin juga ia satu peluang untuk saya melebarkan sayap kerjaya seni di negara seberang pula," ujarnya.Bertanyakan mengenai pengalamannya pertama kali beraya di samping suami, Shera akui statusnya sebagai isteri memberi sedikit kelainan dalam sambutan hari lebaran itu."Mujurlah kami bukannya jenis yang berebut nak kena balik rumah siapa dahulu."Pada raya pertama lalu, kami menyambutnya di rumah keluarga saya di Shah Alam dan pada sebelah petang, kami terus bertolak ke Ipoh, Perak, keluarga sebelah suami."Mula-mula risau juga jika keluarga suami minta saya masak macam-macam, kerana saya bukannya pandai masak pun. Tetapi apa yang dibayangkan itu tak ada pun," selorohnya.