suria

Keluarga Tidak Pernah Bincang Perkahwinan Anne & Aliff Aziz

Darling berpendapat Anne dan Aliff lebih sesuai sebagai kawan.
Darling berpendapat Anne dan Aliff lebih sesuai sebagai kawan.
Darling berpendapat Anne dan Aliff lebih sesuai sebagai kawan.

PETALING JAYA: Kakak kepada pelakon Anne Ngasri iaitu Darling Ngasri memberitahu tiada perbincangan mengenai perkahwinan melibatkan adiknya dengan penyanyi Singapura, Aliff Aziz seperti yang diperkatakan.

Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri, 29, berkata, keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah berbual mengenai isu itu dan menganggap ia adalah gosip semata mata.

"Tidak benar keluarga kami telah berbincang mengenai perkahwinan Anne dan Aliff," katanya kepada mStar Online.

Darling juga enggan mengulas kononnya perhubungan Anne dan Aliff tidak direstui keluarga penyanyi yang terkenal dengan lagu Jangan Ganggu Pacarku itu.

Dalam pada itu, Darling berkata, dia lebih suka melihat adiknya itu berkawan sahaja dengan Aliff kerana pada pengamatannya mereka lebih sesuai menjadi sahabat.

Katanya masih terlalu awal untuk pasangan itu memikirkan soal perkahwinan kerana masing-masing masih diperingkat awal perkenalan.

"Saya sebagai seorang kakak melihat hubungan mereka lebih sesuai sebagai sahabat dan tidak lebih daripada itu dan adalah lebih baik mereka memberi fokus kepada kerjaya masing-masing. Bagaiamanapun jika ada jodoh diantara mereka itu adalah ketentuan.

"Saya secara dasarnya tidak boleh menghalang atau melarang dan itu sekadar pendapat saya sebagai orang paling dekat dengan Anne," ujarnya.

Tambah Darling, dia melihat Aliff sebagai seorang penyanyi dan pelakon berbakat dan atas sebab itu dia mengambilnya berlakon dalam drama terbitan syarikatnya Nasreen Pictures di samping Anne.

Artikel Sebelum

Artikel Lain