Ashton dan Mila sedang mabuk bercinta. HUBUNGAN pasangan Ashton Kutcher dan Mila Kunis semakin intim apabila kedua-dua mereka dilaporkan telah tinggal bersama selapas dua bulan menjalinkan hubungan.Sumber pasangan itu mendedahkan Ashton telah mengajak kekasihnya itu untuk tinggal bersama. Kedua-dua mereka dilihat sedang mabuk cinta sehingga banyak menghabiskan masa bersama. Tambah sumber itu lagi, Mila sangat teruja dengan pelawaan itu dan menghias sendiri rumah mereka.Walaupun sebelum ini pasangan itu menafikan menjalinkan hubungan, tetapi mereka sering menghabiskan masa bersama dan dilaporkan bercuti di Bali baru-baru ini.