suria

ALBUM BARU: Alunan Zikir Daripada Hafiz Hamidun

ARTIS: Hafiz Hamidun

ALBUM: Zikir Terapi Diri

EDARAN: Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.

SEBENARNYA, album Zikir Terapi Diri milik penyanyi Hafiz Hamidun sudah lama dipasarkan sejak penghujung tahun lalu. Respons yang diterima amat membanggakan walaupun ia baru sahaja dilancarkan Ramadan lalu.

Jualannya juga telah mencapai lebih daripada 45,000 unit tidak sampai setahun dan ia menunjukkan terdapat sisi menarik tentang album ini berbanding album zikir yang terdapat di negara ini.

Sebanyak 11 jenis zikir yang dimuatkan antaranya Astaghfirullah, Lailaha Illallah, Subhanallah, Tawbatan Nasuha, Hasbi Rabbi, La Hawla Wala, Alhamdulillah, Ya Zaljalal, Ya Latif, Allah dan Lakawna Bainana.

Benar, tarikan pada album ini ialah daripada segi susunan muziknya di mana Hafiz mengambil pendekatan menyuntik muzik terapi dan dodoi pada setiap zikir-zikir yang dimuatkan.

Dan ia membuatkan si pendengar terbuai, tambah pula iringan muziknya ringan dan mampu memberikan terapi kepada jiwa.

Tidak hanya bersandarkan pada muzik semata-mata, kekuatan album ini juga ditumpukan pada penyampaian zikir yang sangat mendalam penghayatannya.

Dalam pada itu, album ini juga sangat sesuai buat golongan remaja yang inginkan sebuah irama zikir yang berbeza dan ringan.

Pada pendapat saya, album ini mungkin boleh menjadi 'senjata' dakwah yang mudah diterima umum terutamanya buat umat Islam.

Diharap, muzik nasyid sebegini yang dikira mengikut peredaran semasa dapat dihasilkan lebih banyak lagi oleh bekas ahli kumpulan UNIC ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain