suria

Robert Pattinson Tidak Akan Membenci Kristen Stewart

Robert Pattinson
Robert Pattinson
Robert Pattinson

AKTOR Robert Pattinson tidak akan membenci kekasihnya Kristen Stewart walaupun dia dicurangi kerana hanya gadis itu yang dapat memahami dirinya.

Atas sebab itu juga, Pattinson mahu melupakan kisah hitam itu dan berbaik semula dengan Stewart.

Difahamkan juga, aktor filem Bel Ami itu turut merancang untuk berkahwin dengan aktres itu sebagai bukti kasih sayangnya.

“Dia (Pattinson) mula terfikir bahawa tiada orang lain yang lebih memahami dirinya melainkan Kristen.

“Suara hatinya berkata dia tidak patut mengakhiri hubungan yang terbina sejak tiga tahun itu hanya kerana satu kecurangan yang dilakukan Kristen,” kata satu sumber.

Hubungan Pattinson dan Stewart berantakan apabila gadis itu bersikap curang dengan mempunyai hubungan dengan Rupert Sanders.

Terbaru, pasangan bintang filem Twilight itu dikatakan sudah berbaik semula dan kembali tinggal bersama.

Artikel Berikut

Artikel Lain