suria

David Williams Pernah Cuba Bunuh Diri

David Williams
David Williams
David Williams

LOS ANGELES: Pelawak David Williams membuat pengakuan menerusi buku biografinya, Camp David bahawa dia pernah cuba untuk membunuh diri sebanyak dua kali.

Menurut laporan thesun.co.uk, pelawak berusia 41 tahun itu pernah menggantung diri pada usia sembilan tahun selepas dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya.

"Saya cuba untuk gantung diri pada siling rumah. Tetapi saya tahu diri ini bukannya benar-benar mahu mati, cuma tak sanggup untuk hidup.

"Malah saya juga pernah mengambil ubat tahan sakit melebihi dos selepas cinta ditolak oleh seorang wanita yang sangat saya sukai ketika berumur 18 tahun," katanya.

Tambah David, dia juga pernah terfikir untuk melompat keluar dari kereta api.

"Waktu itu saya sudah berdiri di hujung pintu kereta api berkenaan, tetapi entah kenapa, saya undur ke belakang untuk menjauhkan diri dari pintu tersebut," ujarnya.

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia