Dewi dan Agus pada hari bahagia mereka.PENYANYI terkenal Indonesia, Dewi Sandra mendedahkan suaminya, Agus Rahman bukanlah seorang lelaki yang romantik dan jarang memberikan kata-kata romantis dan pujian kepadanya.Dewi berkata, sifat suaminya itu bukan bererti dia tidak tahu menjaga perasaannya sebagai isteri tetapi Agus memang seorang pendiam. "Itu adalah keistimewaan suami saya kerana dia seorang pendiam sehingga susah untuk mengeluarkan kata-kata romantis dan pujian kepada saya," katanya Dewi yang pernah berkahwin dengan Surya Saputra dan Glenn Fredly sebelum ini.Pasangan itu berkahwin pada bulan November 2011.Bagaimanapun kata Dewi, dia amat terkejut apabila Agus secara terbuka telah memujinya ketika sama-sama menghadiri IPMI Trend Show di Jakarta baru-baru ini.Dewi memberitahu kata-kata pujian yang diberikan oleh suaminya cukup membuatkan dia bahagia pada malam itu."Saya gembira dia hadir ke majlis itu dan memuji saya di hadapan khalayak," katanya.