Peserta Farah Nadeera Zaini dan Nasuha Azhari.PETALING JAYA: Seramai 16 peserta dipilih untuk berentap menerusi sesi ujibakat di sebalik tabir bagi program Vokal...Bukan Sekadar Rupa (Vokal) musim kedua.Menurut penerbitnya, Ahmad Shaifullizam Arshad, kesemua 16 peserta ini adalah yang terbaik selepas lebih 2,000 calon menghadiri ke sesi uji bakat padak 15 september hingga 7 Oktober lalu. "Pihak kami kagum dengan peserta-peserta yang dipilih bagi musim ini mempunyai keunikan dan kriteria tersendiri."Mereka juga telah memulakan sesi latihan dan persiapan bersama barisan tenaga pengajar bagi mempamerkan persembahan terbaik pada konsert pertama yang telah pun diadakan pada Rabu lalu di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam."Kemudian, mereka akan dibahagikan kepada empat kumpulan dan membuat persembahan sebanyak sekali di konsert mingguan sebelum dipilih untuk mara ke pusingan seterusnya di mana pusingan ini mereka yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan dibahagikan mengikut kumpulan lelaki dan perempuan," katanya.Vokal menampilkan dua penyanyi Ziana Zain dan Datuk Hattan sebagai juri tetap untuk program ini.Dalam pada itu itu, untuk menghangatkan lagi sesi pemilihan 16 peserta yang akan berentap menerusi sesi ujibakat di sebalik tabir, dua juri jemputan iaitu Adibah Noor dan Siti Hajar akan bersama-sama dengan Ziana Zain selama dua minggu pertama untuk proses penjurian peserta wanita.Manakala, dua minggu berikutnya, Datuk Ramli MS dan Faizal Tahir selaku juri jemputan akan menemani Hattan dalam proses penjurian peserta lelaki.Tenaga pengajar Vokal iaitu Azmeer dan Mas Idayu akan terus kekal sebagai Penasihat Vokal dan persembahan, Fidie Sani selaku Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan dan Profesor Izzi Haji Ali bertindak sebagai Penasihat Motivasi.Sementara itu, 16 peserta berikut dari Kuala Lumpur adalah Nasuha Azhari, 20, Farah Nadeera Zaini, 19,Noorhirdyu Aiddah Johari, 27, Shareen Fardianti Husin, 26, Ema Fazuana Mehat, 19, Nur fatin Nabila Noorsazley, 21, Nur Nabilah Yusof 22, Mohmad Yusof Ahmad, 29, Mohammad Adlizan Baharudin, 26, Mohmad Yusof Bin Ahmad, 29, Mohammad Adlizan Baharudin, 26, Mohammad Syahrul Mohammad, 25 dan Yusoff Md Shah, 24.Peserta dari Sarawak pula ialah Mohd Firdaus Materang, 20, Abang Abd Hafidz Abang Bujang, 23, dan Mohammad Ikrima Yahya, 23.Manakala Sabah diwakili oleh Marlleynney Fane J.L Paul, 25 dan Hendry Francis, 22.Musim kedua Vokal kali ini masih lagi mengekalkan penyampai radio popular, Faizal Ismail sebagai hos program dan ia masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS.Juara akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara wang tunai RM30,000. Manakala Hotel De Palma, Shah Alam merupakan penaja penginapan rasmi peserta musim ini.Bersiaran setiap hari Rabu, pukul 9.30 malam, program nyanyian realiti selama satu jam ini sudah pun membuka tirainya sejak 10 Oktober 2012 lalu menerusi saluran TV3.