suria

Suki Luaskan Kerjaya Seni Ke Hong Kong Januari Depan

Suki memberitahu telah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman Skyco Asia Ltd di Hong Kong dan akan merakamkan sebuah album dalam Bahasa Mandarin.
Suki memberitahu telah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman Skyco Asia Ltd di Hong Kong dan akan merakamkan sebuah album dalam Bahasa Mandarin.
Suki memberitahu telah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman Skyco Asia Ltd di Hong Kong dan akan merakamkan sebuah album dalam Bahasa Mandarin.

PETALING JAYA: Penyanyi Suki Low bakal meninggalkan tanah air untuk ke Hong Kong pada Januari tahun depan bagi mengembangkan karier nyanyiannya di negara itu.

Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 22, berkata, dia telah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman Skyco Asia Ltd dan akan merakamkan sebuah album dalam Bahasa Mandarin.

"Saya akan ke Hong Kong dan bakal merakamkan album berbahasa Mandarin bagi pasaran negara itu termasuklah Beijing dan Taiwan.

"Ia satu peluang yang besar untuk saya dalam membina nama di sana.

"Setakat ini, material lagu sudah pun ada, tinggal nak pilih sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online, dekat sini, Jumaat.

Tambah bekas juara One In A Million (OIAM) ini, walaupun pernah melalui pengalaman ditipu oleh syarikat pengurusan Galaxy Music Sdn. Bhd. yang pernah berjanji mahu mengembangkan kariernya di Taiwan, dia tidak akan serik untuk bekerjasama dengan syarikat luar.

"Jika mahu berjaya, kita harus melalui pengalaman pahit dahulu dan kita tidak boleh hidup dalam ketakutan walaupun pernah ditipu.

"Ia sebahagian daripada cabaran hidup. Bagaimanapun, untuk kerjasama dengan syarikat baru, saya belajar daripada pengalaman lalu dan setiap perkara dalam kontrak yang ditandatangani dititikberatkan dengan bantuan peguam. Doakan saya berjaya di sana," ujarnya.

Sementara itu, Suki tidak akan meninggalkan para peminatnya dengan tangan kosong kerana dia juga akan muncul dengan album berbahasa Malaysia terbaru yang dijangka akan dilancarkan sebelum dia bertolak ke Hong Kong.

Untuk album itu, komposer-komposer ternama seperti Ajai, Shazzy, dan Irang Arkad turut terlibat menghasilkan lagu-lagu terbaik buatnya.

"Bagaimanapun saya juga akan muncul dengan lagu single kedua iaitu Untuk Dirimu ciptaan Irang Arkad.

"Selepas kejayaan single pertama iaitu Terlalu Mencintaimu, saya percaya peminat turut menantikan lagu baru daripada saya," katanya.

Dalam pada itu, Terlalu Mencintaimu dipilih bagi menyertai saringan akhir Muzik-Muzik ke-27.

Pada 9 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Galaxy Music mengembalikan jumlah wang sebanyak RM367,575.17 dan membatalkan kontrak perjanjian sebagai pihak pengurusan Suki atas dakwaan melanggar perjanjian yang ditandatangani.

Artikel Sebelum

Artikel Lain